YI410: Vending Machine Mini Untuk Air Minuman Bertin

MUHAMMAD ALIF FIRDAUS BIN MOHAMAD ZALIZAN SMK SUNGAI LAYAR

Projek ini merupakan inovasi pendidikan berasaskan PBL-STEM yang menggabungkan elemen sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam mereka bentuk vending machine mini yang berfungsi mengeluarkan air minuman bertin secara automatik. Ia menggunakan bahan terpakai dan teknologi asas Arduino untuk membina model yang ringkas tetapi berfungsi. Projek ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang aplikasi dunia sebenar dalam pengurusan mesin layan diri, automasi, serta kemahiran reka bentuk dan elektronik.