KVO644: SILAJ SISA BAHAN HIJAU

FAREEZ IQWAN BIN MOHD SABRI KOLEJ VOKASIONAL PASIR PUTEH

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0333 | 1 Likes | 30 Views | 63 times | LS: 64.0
Like it? | Support them now!

Silaj merupakan sejenis makanan ternakan ruminan yang terhasil daripada proses pemeraman/penampaian bahan foder yang berkelembapan tinggi (35%hingga 75% kandungan air) dalam keadaan kedap udara (anareobik).silaj adalah kaedah penyimpanan bahan makanan ternakan yang segar supaya dapat digunakan apabila bekalan makanan kurang atau tiada . Silaj kurang bergantung kepada keadaan cuaca, maka lebih baik kepada penternak .makanan ruminan utama di negara-negara beriklim sejuk ketika musim salji.di perkenalkan di Malaysia pada sekitar tahun 1960-an .Projek saya bertajuk silaj sisa bahan hijau yang mefokuskan pada sisa rumput yang diperolehi dari sisa potongan rumput dipadang bola, tepi jalan dan dibatas-batas padi. Melalui projek ini saya yakin masalah pengurusan sisa rumput yang dipotong dapat diselesaikan malah dapat menghasilkan pendapatan sampingan. Silaj yang dihasilkan mempuyai kualiti yang setanding dengan batang jagung dan napier. Silaj ini juga mendapat permintaan dikalangan penternak, penternak juga mampu mengurangkan kos makanan ternakan, meningkatkan tahap kesihatan ternakan .Kesimpulannya, penghasilan sijal sisa bahan hijau ini boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar dan menjimatkan kos kepada penternak untuk membeli makanan di pasaran. Hal yang demikian, dengan adanya penghasilan silaj sisa bahan hijau dapat mengurangkan masalah sumber makanan kepada penternak di Malaysia