MUHAMMAD ISYRAF FIRDAUS BIN HASSIM UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Projek ini membangunkan sebuah kereta elektronik pintar yang dikawal menggunakan
mikropengawal Arduino Uno dan disokong oleh sistem kawalan berasaskan aplikasi
telefon pintar. Secara umumnya, kereta ini dibangunkan menggunakan kompenen
elektronik yang dipateri serta dimasukkan pengaturcaraan dengan perisian IDE dan
disambungkan dengan aplikasi Bluetooth RC Car dalam telefon pintar. Inisiatif ini
bertujuan menghasilkan satu sistem automatik yang mampu dikendalikan secara jarak
jauh melalui sambungan Bluetooth dan WiFi. Kereta ini direka bentuk untuk
menonjolkan elemen inovasi melalui penggunaan bahan kitar semula sebagai struktur
utama badan, sekaligus menyokong prinsip kelestarian alam sekitar. Produk ini
dibangunkan bagi disasarkan kepada golongan murid-murid sekolah rendah bagi
menambahkan kemahiran dalam bidang elektronik serta robotik ke tahap yang lebih
baik. Mikropengawal Arduino Uno digunakan sebagai otak sistem yang mengawal
motor, sensor dan komunikasi dengan aplikasi mudah alih. Perisian Arduino IDE turut
digunakan bagi pembangunan kod atur cara, membolehkan pemprosesan arahan
daripada pengguna ke komponen elektronik. Pada masa yang sama, setiap murid
sekolah dapat memantapkan diri dalam bidang pengaturcaraan. Sistem ini bukan
sahaja membuktikan keupayaan teknikal dalam membina produk elektronik automatik,
tetapi juga memberi penekanan kepada aspek kebolehgunaan dan praktikaliti dalam
situasi sebenar. Melalui penggunaan teknologi tanpa wayar, pengguna boleh
mengawal arah pergerakan kereta dengan lebih mudah dan efisien seperti
penggunaan aplikasi Bluetooth RC Car dalam telefon pintar. Pergerakan kereta juga
seperti maju, undur, kanan, kiri serta boleh berpusing pada arah 360 darjah dengan
pelbagai pelarasan kelajuan. Projek ini juga membuka ruang kepada penerokaan
aplikasi kawalan automatik dalam industri logistik, pendidikan serta hiburan.
Keseluruhannya, projek ini berjaya menggabungkan aspek teknologi, inovasi,
kelestarian dan aplikasi dunia sebenar dalam satu sistem elektronik pintar yang mudah
dikendalikan serta mesra pengguna.