NUR DAMIA BATRISYIA BINTI MOHD ZUKERI SMK SULTAN MANSOR
Kajian ini dijalankan untuk membangunkan produk inovasi Jeruk Kulit Tembikai yang dapat memberikan manfaat dalam PdPC pelajar PVMA Penyediaan dan Pembuatan Makanan. Jeruk Kulit Tembikai merupakan satu produk makanan menggunakan sisa makanan iaitu kulit tembikai yang dijadikan sebagai jeruk dan tahan lama penyimpanannya. Jeruk Kulit Tembikai diinovasikan daripada jeruk mempelam, jeruk kelubi dan sebagainya yang banyak dipasaran. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang guru dari SMK Sultan Mansor yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu. Pengkaji menggunakan soalselidik secara maya (Google Form) sebagai instrument kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan purata peratusan setuju berada pada tahap tinggi dalam menjawab persoalan tentang tahap pengetahuan guru mengenai kulit tembikai (90%), tahap penerimaan guru terhadap penggunaan bahan kitar semula iaitu kulit tembikai dan dijadikan sebagai produk makanan (90%) serta potensi Jeruk Kulit Tembikai dipasarkan (85%). Secara keseluruhan guru dapat menerima Jeruk Kulit Tembikai ini kerana penggunaan kulit tembikai dapat mengurangkan bahan terbuang dan menjimatkan perbelanjaan. Selain itu, Jeruk Kulit Tembikai dilihat berpotensi tinggi di pasaran kerana ia merupakan produk makanan yang tahan lama dan sesuai dengan selera rakyat tempatan yang sukakan jeruk sebagai pencuci mulut.