MUHAMMAD NUR HISYAM KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN 2
Inovasi ini bertujuan untuk menghasilkan sisa sayur-sayuran menjadi suatu produk makanan yang bermanfaat dan berkhasiat iaitu Sapora Powder. Sapora Powder dapat membantu ibu bapa, kanak-kanak golongan berkerjaya yang tidak mempunyai masa untuk mendapatkan nutrien seimbang terutamanya daripada khasiat sayur. Melalui Sapora Powder, tugas ibu bapa akan lebih mudah kerana dengan satu produk dapat digunakan untuk menghasilkan menu kreatif dalam masakan yang membantu menarik minat anak-anak untuk makan sayur. Sebagai contoh, kegunaan Sapora Powder dapat menghasilkan produk kondimen dalam masakan, bahan perasa untuk nasi goreng dan bubur, serta gula-gula yang menarik dan berkhasiat sebagai jajan kanak-kanak, terutamanya untuk mereka yang tidak gemar makan sayur. Dengan cara ini, sayur yang biasanya tidak dimakan dapat dimanfaatkan secara kreatif sebagai bahan utama dalam makanan yang digemari. Inovasi ini bukan sahaja membantu meningkatkan pengambilan nutrien dalam pelbagai golongan, tetapi juga mengurangkan pembaziran makanan serta memberikan nilai tambah kepada produk.