KVO973: PULSE SENSOR DETECTOR WITH IoT

SITI FATISYA BINTI SHAMSUDDIN KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUA AFZAN

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0385 | 2 Likes | 52 Views | 57 times | LS: 59.1
Like it? | Support them now!

Pengesan Denyutan Nadi adalah satu sistem dimana ia dapat mengesan kadar denyutan nadi pengguna apabila dipakai di jari atau di pergelangan tangan. IoT adalah sistem peranti yang mempunyai keupayaan untuk memindahkan data melalui rangkaian wifi. Kos pembangunan ini adalah berbaloi dengan kefungsian yang ditawarkan dan tidak memerlukan kos tambahan semasa penggunaan. Maka dengan gabungan kedua dua sistem ini, terhasil satu projek iaitu Pengesan Denyutan Nadi dengan menggunakan IoT. Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk memudahkan pengguna memantau pesakit yang menghidap sakit jantung dan hanya boleh tinggal di rumah sahaja dengan menggunakan telefon pintar. Projek ini dapat menyelesaikan beberapa masalah yang berlaku berkaitan dengan penyakit sakit jantung ini iaitu tidak dapat memberikan rawatan segera kepada pesakit. Projek ini dibangunkan dengan menggunakan beberapa software seperti Arduino IDE untuk membuat pengaturcaraan dan Blynk untuk membangunkan aplikasi di telefon pintar. Secara ringkasnya, kelebihan projek ini adalah pengguna dapat memantau keadaan semasa pesakit dari jauh dan pengguna akan mendapat notifikasi sekiranya kecemasan berlaku.