JI500: ECO COOL

NUR DAMIA BINTI MOHD ASRAF SK. ST. BERNADETTE'S CONVENT

Projek Inovasi Eco Cool ini menghasilkan sistem penyejukan udara berasaskan bahan yang mudah dan murah didapati iaitu ais tanpa penggunaan tenaga elektrik yang tinggi. Komponen utama terdiri daripada kotak polisterina sebagai ruang penebat haba, paip pvc sebagai saluran udara, kipas mini untuk pengaliran udara, dan ais sebagai medium penyejukan. Udara panas disedut masuk melalui kipas, disejukkan apabila melalui ruang ais, dan disalurkan keluar sebagai udara sejuk. Sistem ini berfungsi secara mudah alih dan sesuai untuk digunakan dalam ruang tertutup berskala kecil. Reka bentuk ini menjimatkan tenaga serta menyokong inisiatif kelestarian alam sekitar.