MOHAMMAD AIDIL SAFWAN BIN ABDULLAH KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI
Alat penapis pasir mini merupakan satu projek diinovasi bagi memudahkan kerja amali di bengkel Teknologi Pembinaan, Kolej Vokasional Kuala Krai. Alat penapis pasir mini digunakan untuk mengasingkan pasir yang kasar kepada yang halus. Alat penapis pasir mini yang dapat memberikan penyelesaian mudah dan efisien dalam proses penapisan pasir pada skala kecil dan sederhana. Alat penapis pasir mini ini dibuat adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dalam proses ayakan pasir serta mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar bengkel Teknologi Pembinaan. Alat penapis pasir mini ini dapat menjimatkan kos dan bahan-bahan yang digunakan ialah bahan terpakai. Perubahan yang dilakukan pada alat penapis pasir mini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, menjimatkan kos dan memberikan manfaat kepada pelajar. Alat penapis pasir mini ini dapat disiapkan dalam tempoh 2 bulan. Alat penapis pasir mini yang telah dihasilkan telah diuji terhadap 35 orang responden yang terdiri dari tahun 1 WTP dan 2 WTP kursus Teknologi Pembinaan. Hasil analisis mendapati pelajar berpuas hati dengan penggunaan alat ini semasa kerja-kerja amali. Ini dibuktikan melalui analisis skor min yang memperolehi nilai pada skala sederhana tinggi.