JI812: FRIENDSHIP PHOTO WHEELS

MUHAMMAD IMRAN HAZIQ BIN AHMAD TURMIZI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI GALAH

Alam sekitar merupakan sumber yang amat penting dalam menjamin kesejahteraan hidup. Saban hari, pembuangan bahan yang boleh dikitar semula seperti kotak semakin meningkat. Sehubungan dengan itu, pelaksaan kaedah kitar semula amat bersesuaian untuk menjaga alam sekitar. Kitar semula ialah satu proses mengubah semula bahan yang biasanya dibuang menjadi produk yang mendatangkan nilai kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial (Mokhtar, 2016). Justeru itu, produk friendship photo wheels ini diwujudkan bagi mengatasi masalah ini dan seterusnya meningkatkan kreativiti tanpa perlu membeli bingkai gambar di kedai. Penggunaan bahan kitar semula telah menjimatkan kos penghasilan produk dan seterusnya dapat menarik minat kanak-kanak untuk menggalakkan mereka melaksanakan amalan kitar semula.