LELIANAWATI MASTAR SMK PITAS II, PITAS
Inovasi penanda buku digital ini direka bentuk bagi memenuhi keperluan pengguna dalam menanda halaman terakhir yang dibaca, mencatat tugasan, serta berfungsi sebagai penggera masa. Produk ini bertujuan menyelesaikan masalah lazim pembaca yang sering terlupa muka surat terakhir dan cenderung melipat buku sebagai penanda, yang akhirnya merosakkan bahan bacaan. Dengan penggunaan penanda buku digital ini, pengguna dapat menanda dan mengingati halaman dengan lebih sistematik, tanpa mencacatkan buku. Produk ini bukan sahaja memelihara fizikal buku, malah meningkatkan keberkesanan pengurusan masa dan tugasan pembaca secara digital dan moden.