NUR FITRAH ADORA BINTI MOHAMAD SHAH RINOL SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENRISSEN
Permainan "Endokrin X" adalah alat pembelajaran interaktif yang direka untuk memperkukuhkan pemahaman pelajar mengenai Sistem Endokrin. Dalam permainan ini, pelajar membaling dadu untuk menentukan bahagian tertentu pada Kad Sistem Endokrin yang berbentuk X yang perlu mereka kenal pasti dan jawab soalan yang berkaitan. Setiap nombor pada dadu mewakili nombor soalan yang tertentu dalam sistem ini, dan pelajar perlu menjawab soalan berdasarkan fungsi, kedudukan, atau interaksi hormon yang berkaitan. Objektif utama permainan ini adalah untuk membantu pelajar menguasai konsep asas Sistem Endokrin melalui kaedah pembelajaran yang menyeronokkan dan dinamik. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan permainan "Endokrin X" dalam meningkatkan pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap topik ini. Permainan ini berjaya meningkatkan pemahaman pelajar terhadap fungsi dan interaksi kelenjar dan hormon dalam Sistem Endokrin, serta memperbaiki keupayaan mereka untuk mengaplikasikan pengetahuan ini dalam konteks yang lebih luas. Kesimpulannya, "Endokrin X" adalah kaedah pengajaran yang efektif dan menarik, dengan potensi besar untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran sains.