IZZ ZARA YASMIN BINTI AZRUL NORISHAM SK BANDAR TENGGARA 1
SAFETY MEMORY merupakan satu permainan untuk membolehkan murid peka terhadap simbol-simbol dalam tajuk keselamatan jalan raya. Permainan ini bertujuan untuk menambahkan tahap ingatan murid dengan lebih berkesan memandangkan terlalu banyak simbol keselamatan jalanraya yang perlu diingati dan diketahui maksudnya. Dengan menggunakan safety memory yang menggunakan konsep permainan mengenal dan mengingat kedudukan simbol, ia dapat memberikan cabaran kepada murid untuk berusaha mengingati dan bersungguh-sungguh mempelajarinya berbanding dengan arahan menghafal sahaja.