Ahmad Imran Yusri Bin Ismail Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini membangunkan Alat Bantu Mengajar (ABM) berbentuk "Wood Craft Puzzle" bagi topik Prinsip Reka Bentuk dalam RBT Tingkatan 1. Menggunakan pendekatan kualitatif dan Model ADDIE, temu bual bersama tiga guru mengenal pasti keperluan, membangunkan, dan menilai kebolehgunaan ABM. Dapatan menunjukkan guru memerlukan ABM interaktif, selamat, tahan lasak dan sesuai untuk murid menengah rendah. ABM ini meningkatkan kefahaman, sesuai untuk pentaksiran dan ulang kaji, serta memberi pengalaman pembelajaran konkrit. Ia memenuhi keperluan pengajaran, berpotensi digunakan secara meluas, dan boleh menjadi panduan menghasilkan ABM inovatif sejajar kurikulum semasa.