KVO755: SET-UP STICK

NUR AUNI HUSNA BT MOHAMAD KOLEJ VOKASIONAL DATO' UNDANG HJ MUHAMAD SHARIP

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 29 times | LS: 29.0
Like it? | Support them now!

Set-up Stick merupakan alatan ukuran yang boleh dilaras menggunakan kayu. Set-up Stick digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk menyusun susunan Table D’ Hote di meja makan dengan ukuran yang tepat dan kedudukan peralatan yang betul. Set-up Stick ini juga dapat menjimatkan masa semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Produk ini juga mudah disimpan dan dibawa. Kumpulan sasaran kami tertumpu kepada semua pelajar dari Program Seni Kulinari di KVDUHMS, Rembau yang mengalami masalah kesukaran untuk menghafal kedudukan serta ukuran peranggu meja makan seperti Table D’Hote. Dengan produk yang kami hasilkan dapat membantu pelajar untuk menyusun peranggu meja dengan cepat dan betul. Sebelum wujudnya Set-Up Stick ini, pelajar kurang mengingati ukuran bagi setiap peralatan yang digunakan semasa menyusun peranggu meja., ia juga mengambil masa yang lama semasa proses menyediakan meja ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Hasil kerja pelajar adalah susunan peranggu meja menjadi tidak kemas dan simetri. Objektif kami menghasilkan produk ini ialah untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran menyusun peranggu meja Table D’ Hote. Selain itu, peranggu meja berada pada kedudukan yang betul dan susunan peranggu meja menjadi lebih kemas dan simetri. Ia juga dapat menjimatkan masa ketika menyusun peranggu meja. Kelebihannya ialah cepat, simetri dan kemas, menjimatkan masa, mudah digunakan dan murah. Set-up ini juga memperuntukkan kos yang sedikit kerana cara pembuatannya yang sangat mudah. Produk inovasi ini juga menggunakan komponen yang senang dan ringkas untuk didapati. Secara keseluruhan, produk ini diterima baik sebagai lat bantu mengajar yang memudahkan. Kata kunci : Susunan peranggu meja,penjimatan masa