KVO944: MEREKABENTUK PEMADAM PAPAN PUTIH AUTOMATIK MENGGUNAKAN (IOT) UNTUK KEGUNAAN GURU DAN PELAJAR DI KELAS

MUHAMMAD ALIF BIN MOHD RAZE Kolej Vokasional Slim River

i3DC25 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 10 Views | 15 times | LS: 15.0
Like it? | Support them now!

Projek ini membangunkan pemadam papan putih automatik berasaskan teknologi Internet of Things (IoT) untuk memudahkan pelajar dan pensyarah. Ia berfungsi melalui aplikasi Blynk dalam telefon pintar yang mengawal pemadam secara jarak jauh menggunakan modul ESP 32. Apabila diaktifkan, stepper motor menggerakkan pemadam ke seluruh papan putih tanpa henti. Apabila sistem di "OFF" kan melalui telefon pintar di aplikasi Blynk, secara timer sistem akan dihentikan dan pemadam akan digerakkan ke hujung papan putih supaya tidak menghalang ruangan papan putih. Sistem ini menjimatkan masa, mengurangkan tenaga fizikal, dan memastikan papan putih sentiasa bersih. Ia sesuai digunakan di bilik kuliah, mesyuarat dan pejabat.