KVO635: Sports Center KKPG Apps V1.0

MUHAMMAD DANNY BIN HARMAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0690 | 2 Likes | 29 Views | 80 times | LS: 82.1
Like it? | Support them now!

Kebanyakan pelajar di Kolej Komuniti Pasir Gudang tidak didedahkan lebih mendalam tentang unit sukan yang ada di kolej ini. Berikutan itu, mereka tidak tahu dan tidak cakna berkenaan maklumat sukan yang terkini dan aktiviti yang akan dilaksanakan. Oleh yang demikian, aplikasi yang dinamakan Sport Center KKPG Apps V1.0 ini dibangunkan sebagai wadah penyampaian informasi, bagi mengatasi masalah yang dinyatakan, dimana aplikasi ini dapat memberikan maklumat berkenaan semua sukan yang ada di kolej ini, seperti takwim sukan yang mana boleh dicapai secara atas talian. Selain itu juga, aplikasi ini dapat membantu Pegawai Sukan dalam mengendalikan urusan peminjaman peralatan sukan dan fasiliti, serta mengenalpasti bakat pelajar sebagai persediaan dalam menghadapi pertandingan sukan. Aplikasi ini dibina dengan menggunakan perisian MIT App Inventor dan dimuatturun secara percuma oleh pelajar KKPG. Dengan terhasilnya aplikasi ini, ianya dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi berkaitan suka di KKPG dan pada masa yang sama membantu Pegawai Sukan KKPG melaksanakan tugasan secara lebih teratur dan tersusun.