KVO388: SISTEM PENGESAN KEMALANGAN BERASASKAN IOT (ADS-IoT)

Ts. MUHAMMAD NAZMY BIN ZULKIFLI PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK, KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER

i3DC25 | Tertiary (Online)

CR: 0.2987 | 23 Likes | 77 Views | 27 times | LS: 56.9
Like it? | Support them now!

Kemalangan jalan raya merupakan tragedi tidak dijangka yang boleh berlaku di mana-mana dan sering melibatkan kehilangan nyawa. Sistem Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999) bergantung sepenuhnya kepada laporan daripada mangsa atau saksi, namun pendekatan ini sering menimbulkan isu seperti kelewatan penyampaian maklumat dan kesukaran menentukan lokasi kejadian. Bagi mengatasi permasalahan ini, projek Sistem Pengesan Kemalangan Berasaskan Internet of Things (ADS-IoT) telah dibangunkan. Projek ini melalui proses pembangunan yang merangkumi penetapan sasaran, pembangunan dan pemilihan konsep, reka bentuk, pembinaan dan pengujian produk. ADS-IoT berfungsi dengan menghantar mesej kecemasan (SMS) secara automatik tanpa keperluan sambungan internet kepada pihak MERS 999 apabila beg udara (airbag) kenderaan diaktifkan akibat impak kemalangan. Sistem ini turut menyediakan maklumat lokasi semasa kejadian serta bilangan mangsa dalam kenderaan. Keberkesanan sistem ini telah diuji dan disahkan oleh panel penilai ICompEx ’25 serta agensi berkaitan seperti Bomba, Hospital (Jabatan Kecemasan dan Trauma), dan Angkatan Pertahanan Awam. Secara keseluruhan, ADS-IoT mampu meningkatkan kecekapan sistem tindak balas kecemasan, mengurangkan masa respons, dan seterusnya menyelamatkan lebih banyak nyawa dalam kemalangan jalan raya.