YI86: AUTO ROTATE TOILET HOSE

NAYLI SAFWAH BINTI MOHD SHARIZAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KENARI

Tandas merupakan kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan terutamanya di tempat-tempat tumpuan orang awam. Proses baik pulih tandas juga sering dilakukan untuk keselesaan pengguna, akan tetapi pihak pengurusan sering terlepas pandang akan pengunaan paip pada tandas.Inovasi terhadap penggunaan alat saluran air pada tandas perlu dilakukan bertujuan untuk memberi keselesaan tahap maksimum kepada pengguna. Auto Rotate Toilet Hose merupakan alat yang terbaik bagi mengatasi masalah kebersihan dan dapat menambah nilai estetika pada tandas. Penggunaan Auto Rotate Toilet Hose boleh diaplikasi kepada penggunaan tandas kerana ianya mudah untuk dikendalikan pada semua peringkat umur. Pada lingkungan masyarakat moden, faktor kebersihan sering menjadi topik utama. Kemudahan tandas yang lengkap dan baik adalah sangat selesa untuk digunakan. Kemudahan tandas ini mampu memberi imej yang baik sekaligus mengekalkan tahap kebersihan tandas tersebut. Orang ramai juga pasti menggunakannya dengan penuh berhemah.Kajian permintaan, penerimaan dan kecenderungan pengguna terhadap kebersihan tandas adalah berdasarkan beberapa faktor yang telah dikenalpasti untuk mempengaruhi tahap kebersihan tandas awam.