JI849: Sian Waste Splitter (SWS)

Dennalia Khalysha Anak Dana SK Sungai Sian

Projek ini menghasilkan Sian Waste Splitter (SWS), alat pintar yang dapat mengasingkan sisa basah dan kering secara automatik menggunakan sensor kelembapan, Arduino UNO dan motor servo. Ia bertujuan memudahkan pengurusan sisa dan meningkatkan kesedaran kitar semula dalam kalangan murid. Dua eksperimen menunjukkan ketepatan pengasingan yang tinggi, walaupun terdapat kekangan pada jenis sisa tertentu. Tinjauan mendapati warga sekolah menunjukkan minat terhadap inovasi ini. SWS berpotensi menjadi alat bantu pendidikan yang menyokong pengurusan sisa pepejal secara lebih sistematik dan mesra alam di sekolah dan komuniti.