YI363: APLIKASI WIRA HIJAU: HERO KITAR SEMULA

INAARA SOFIA BINTI FADLI SK ZAINAB 1

Wira Hijau ialah aplikasi pendidikan inovatif yang direka khas untuk murid sekolah rendah bagi memupuk kesedaran awal tentang kitar semula. Aplikasi ini menggabungkan elemen pembelajaran, permainan interaktif dan ganjaran mata untuk menggalakkan murid mengasingkan sampah dengan betul. Melalui pendekatan yang menyeronokkan dan mudah difahami, Wira Hijau bukan sahaja menyelesaikan isu pembuangan sampah secara sembarangan tetapi juga membentuk sikap cintakan alam sekitar dalam kalangan generasi muda.