MOHAMMAD AFIQ ASYRAF BIN ZAINI SMK KAMPUNG BAHAGIA
Inovasi Torch Ginger Ink Pad ini merupakan dakwat stamp pad semulajadi yang dihasilkan dengan menggunakan ekstrak bunga kantan atau nama saintifiknya Etlingera Elatior sebagai sumber pewarna utama. Dakwat ini dihasilkan dengan penambahan bahan yang selamat seperti gliserin, asid sitrik dan etanol serta pewarna makanan bagi meningkatkan ketahanan, warna dan keselamatan penggunaanya. Usaha ini menyumbang kepada SDG3 : Good Health and Well Being iaitu lebih selamat digunakan dan tidak menghasilkan toksik berbanding dakwat komersial yang terdapat bahan kimia berbahaya. Dakwat ini sesuai digunakan untuk kegunaan guru, pelajar dan pekerja pejabat atau perkeranian yang sering menggunakan bahan cetakan dan cop secara kerap. Dalam pada masa yang sama, inovasi ini turut menyokong SDG12 : Responsible Consumption and Production melalui pengurangan sisa organik dan pembaziran bahan. Bunga kantan yang biasanya dibuang selepas dimasak kini boleh dimanfaatkan sebagai sumber pewarna, sekaligus memupuk amalan guna semula sisa dapur dan memperkenalkan konsep pengeluaran lestari dalam komuniti sekolah dan masyarakat. Melalui pendekatan ini, projek ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran tentang bahan kimia dan kesihatan, tetapi juga membuka peluang kepada inovasi berasaskan bahan buangan, sejajar dengan prinsip kitar semula dan kelestarian alam sekitar.