JI781: BENTUKKU DUNIAKU

ZAHRA NURAMINA BINTI ISMAIL SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INDAH

Inovasi BENTUKKU DUNIAKU ini merupakan bahan bantu mengajar berasaskan visual dan interaktif yang direka khusus untuk membantu murid memahami konsep geometri dengan lebih berkesan. Inovasi ini memaparkan maklumat lengkap berkaitan bentuk dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D), termasuk ciri-ciri setiap bentuk Keunikan inovasi ini terletak pada penyertaan contoh objek sebenar dalam kehidupan seharian yang dikaitkan dengan setiap bentuk, bagi memudahkan murid membuat hubung kait antara teori dan realiti. Pendekatan ini selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21 yang menitikberatkan pembelajaran berpusatkan murid, akses bahan yang mesra pengguna dan penggunaan teknologi rendah yang praktikal dalam bilik darjah.