KVO1119: TROLI MESIN KIMPALAN TIG

QAMAL TAQREEM BIN HAMZA KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 14 Views | 72 times | LS: 72.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini mengkaji penggunaan troli pelbagai fungsi yang dilengkapi dengan mesin kimpalan Tungsten Inert Gas (TIG). Mesin kimpalan TIG adalah sejenis teknologi kimpalan yang menggunakan haba yang dihasilkan oleh arus elektrik untuk menyatukan bahan logam. Kimpalan TIG terkenal dengan kualiti kimpalannya yang tinggi, ketepatan kawalan haba, dan keupayaannya untuk mengimpal pelbagai jenis logam termasuk keluli tahan karat, aluminium, dan tembaga. Kajian ini merangkumi reka bentuk troli yang sesai untuk mengangkut mesin kimpalan TIG dan peralatan yang berkaitan. Troli ini direka dengan mengambil kira faktor kestabilan, saiz yang sesai, dan kebolehgerakan. Dengan troli yang sesuai, pengguna dapat dengan mudah membawa mesin kimpalan ke tempat kerja, mengurangkan kebergantungan pada stesen kimpalan tetap. Selain itu, kajian ini juga menyelidik potensi penggunaan mesin kimpalan TIG dalam pelbagai aplikasi. Ini termasuklah penggunaan dalam industri pembuatan, penyelenggaraan, dan pembaikan.