ALTAMIS NURHAN B AZLAN SHAH SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI
‘Eco-Friendly Pencil Shavings Pot Compost for Seedling’ adalah projek inovasi guna semula sisa buangan daripada sisa asahan pensel. Sisa ini diolah menjadi pot mesra alam untuk tujuan semaian anak benih. Pot ini seterusnya dijadikan pot kompos bagi semaian anak benih yang akan ditanam ke dalam tanah. Penggunaan pot kompos ini mempunyai banyak kebaikan berbanding dengan baja bukan organik. Dengan penggunaan pot kompos daripada sisa asahan pensel ini, produktiviti tanah dapat diperbaiki, kesuburan tanah bertambah dan tanaman memiliki daya tahan yang tinggi melawan serangan penyakit. Selain itu, projek ini bertujuan untuk membudayakan amalan menjaga alam sekitar dalam kalangan warga sekolah. Ia juga bertujuan untuk menjaga kebersihan kelas dengan mengurangkan sampah dari sisa asahan pensel dan mengurangkan masalah sisa buangan di sekolah. Dengan penghasilan pot kompos ini juga, kami dapat sifarkan penggunaan polibeg untuk semaian anak benih bagi aktiviti tanaman program sekolah hijau di sekolah. Ini kerana polibeg yang dibeli di pasaran diperbuat daripada polietilena daripada sumber petroleum. Semasa proses pembuatan polibeg, banyak bahan kimia toksik dikeluarkan yang sangat memudaratkan alam sekitar. Kebanyakan polibeg tidak terbiodegradasi dan ia tidak terurai ke dalam tanah. Polibeg yang dibuang ke dalam tong sampah boleh menjejaskan hidupan dan mencemarkan alam. Projek inovasi yang dijalankan oleh ini, telah mendapat sokongan penuh oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memupuk budaya menjaga alam sekitar dalam kalangan warga sekolah.