MUHAMMAD AMIRUL IZZAT BIN RAHIM SMK BAGAN TERAP
Projek ini dijalankan untuk menghasilkan roket air berkamera. Tujuan utama adalah untuk menghasilkan alat peninjau udara kos rendah. Bahan utama yang digunakan adalah bahan terpakai, iaitu botol minuman plastik 1.5 liter (badan utama), bersama strawboard (sayap roket) dan plastik (payung terjun). Satu kamera mini yang boleh dihubungkan kepada telefon pintar secara Bluetooth turut dipasang pada roket air ini. Melalui kamera ini, pemandangan sekeliling dapat dilihat dari udara. Kaedah kajian yang dilakukan adalah secara kaedah eksperimen. Banyak percubaan dilakukan untuk menghasilkan roket air yang terbaik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa roket air berkamera ini berfungsi sebagai alat peninjau udara kos rendah.