DAMIYA AMIRA BINTI ABDUL RAHMAN SK DANAU KOTA (2)
Produk inovasi ini dihasilkan bertujuan membantu konservasi dan pemeliharaan anak pokok teratai agar terus subur dengan memberi alternatif penanaman pokok teratai melalui penggunaan Floating Flower. Penghasilan produk Floating Flower menggunakan bahan kitar semula secara tidak langsung membantu pemuliharaan alam sekitar yang sejahtera. Rasional pemilihan kajian ini ialah bertujuan untuk memastikan pokok bunga teratai terus kekal hidup walaupun banjir besar melanda di sesebuah tasik ataupun kolam. Penghasilan produk inovasi ini menggunakan model reka bentuk ADDIE sebagai pendukung kepada pelaksanaan sepanjang proses penghasilan produk inovasi ini. Tambahan pula, lima peringkat yang terdapat dalam Model ADDIE membantu pengkaji melihat perjalanan kajian secara terperinci serta berupaya membantu melihat sejauh manakah keberkesanan produk yang dihasilkan ini. Satu eksperimen telah dijalankan untuk melihat kelebaran saiz daun dan juga ketinggian anak pokok teratai. Hasil dapatan data yang diperoleh menunjukkan kesemua anak pokok teratai yang ditanam dalam Floating Flower hidup subur dan membesar dengan baik. Konklusinya, penghasilan produk Floating Flower diharapkan mampu dijadikan alternatif untuk menyelamatkan anak pokok teratai agar terus hidup biarpun paras air semakin meningkat disebabkan banjir. Penghasilan produk inovasi ini juga diharapkan menjadi penyelesaian bagi pengekalan pokok teratai di sesebuah habitat.