NUR ALIA MAISARA BINTI MUHAMMAD ZAINUDDIN SMK TENGKU MUHAMMAD ISMAIL
Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan BELNIRA dengan menggunakan Nisan Kelapa Asli sebagai bahan pemanis semula jadi. Inovasi ini bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap gula putih di samping meningkatkan nilai pemakanan serta potensi komersial produk makanan tempatan. Belimbing Buluh (Averrhoa bilimbi) kaya dengan asid sitrik, vitamin C dan sebatian antioksidan, namun rasanya yang terlalu masam mengehadkan penggunaannya secara langsung. Pemprosesan kepada produk halwa mampu meningkatkan penerimaan dan menambah nilai produk tersebut. Penggunaan Nisan Kelapa Asli bukan sahaja memberikan rasa manis semula jadi dan aroma unik, malah turut menyumbang mineral penting seperti kalium, magnesium dan zat besi. Kajian oleh Ahmad et al. (2019) membuktikan potensi Belimbing Buluh dalam penghasilan produk makanan berasaskan tempatan. Sementara itu, kajian oleh Mohamed et al. (2020) menunjukkan penggunaan Nisan Kelapa dapat meningkatkan kualiti rasa dan nilai pemakanan produk makanan tradisional. Hasil kajian menunjukkan bahawa BELNIRA dengan Nisan Kelapa mempunyai rasa seimbang antara manis dan masam, tekstur lembut serta aroma semula jadi yang menyelerakan. Produk ini berpotensi dikomersialkan sebagai manisan tradisional yang lebih sihat dan berkualiti.