KVO850: MINI CUPCAKE MULBERI

NUR AFIFAH HANA BINTI MOHAMAD ZAHARI KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH

i3DC25 | Tertiary (Online)

CR: 0.4000 | 12 Likes | 30 Views | 8 times | LS: 24.8
Like it? | Support them now!

Inovasi ini memperkenalkan produk makanan pencuci mulut berasaskan buah tempatan yang kaya dengan khasiat semula jadi, iaitu Mini Cupcake Mulberi. Produk ini dihasilkan dengan memanfaatkan buah mulberi (Morus alba), yang terkenal dengan kandungan antioksidan, vitamin C dan serat yang tinggi, serta manfaatnya dalam menyokong sistem imun dan kesihatan kulit. Inisiatif ini bertujuan mempelbagaikan penggunaan buah tempatan dalam produk bakeri dengan mencipta kek mini bersaiz hidangan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Mini Cupcake Mulberi bukan sahaja menawarkan citarasa manis semula jadi dan tekstur yang lembut, malah turut menyokong gaya hidup sihat dan mesra alam dengan penggunaan bahan asli dan tanpa pengawet tiruan. Kajian awal menunjukkan produk ini berpotensi tinggi dari segi penerimaan rasa, persembahan menarik dan nilai pemakanan. Inovasi ini juga menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pemakanan berasaskan buah tempatan sambil menggalakkan penggunaan sumber semula jadi dalam industri makanan.