PRO648: MAT

Ts. HANIZA BINTI SIDI KOLEJ KOMUNITI JELEBU

I3DC24 | Professional (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 18 Views | 82 times | LS: 82.0
Like it? | Support them now!

Penggunaan alatan bagi kerja mengecat yang sedia ada telah banyak di pasaran baik yang besar mahupun yang kecil. Contohnya alat tangan seperti berus cat mahupun penggelek cat. Namun alatan ini masih ada kekurangan dalam perlaksanaannya. Secara lazimnya, kerja menampal sellotape dilakukan terlebih dahulu pada bahagian sudut, tingkap ataupun bahagian yang tidak memerlukan ianya dicat sebelum kerja mengecat dilakukan. Ini akan menyebabkan penambahan kerja yang perlu dilakukan. Oleh itu, MAT (Marhaen Additional Tool) adalah alatan yang direka bentuk bagi memudahkan kerja-kerja mengecat. Ianya mampu memberi hasil kemasan yang baik, menjimatkan masa dan tenaga. Fungsi alatan ini ialah sebagai penghalang calitan cat dari terkena bahagian yang tidak diingini. Alatan ini direka bentuk dengan menyambung pada bahagian tepi penggelek cat dan dilekap pada besi pemegang. Penghasilan inovasi ini diharap dapat membantu tukang cat di luar sana melakukan kerja mereka dengan mudah dan mampu milik khususnya golongan marhaen. Produk ini dicadangkan untuk dikomersialkan dan diguna oleh sektor pembinaan baik di institusi pengajian mahupun industri.