YI108: Grobet

NUR IZZAH AQILAH BINTI MOHAMMED IZHAR SM TEKNIK KUALA TERENGGANU

Produk inovasi Grobet merupakan satu jaket inovasi dwifungsi dimana pada bahagian bawahnya boleh dicabut dan dijadikan sebagai beg barangan. Produk ini dilengkapi dengan kain nylon kalis air dan juga zip pada bahagian tengah jaket. Produk ini dapat dijadikan jaket dan juga beg barangan dalam satu masa yang sama. Reka bentuk produk ini lebih istimewa kerana dapat menjimatkan ruang dan juga mudah dibawa kemana-mana. Produk ini merupakan produk yang ideal untuk pengguna yang suka beraktiviti di luar. Produk ini merupakan satu produk mesra alam. Beg barangan dan jaket dapat digunakan secara berkali-kali, dan pengguna hanya perlu membasuhnya. Jika pengguna ingin membeli barangan, pengguna hanya perlu membuka zip di bahagian tengah jaket yang membahagikan bahagian jaket dan juga beg barangan. Kesimpulannya, produk Grobet ini dapat memudahkan pengguna untuk membawa barangan serta menjimatkan ruang pengguna untuk menyimpan jaket dan beg barangan.