YI583: Uncomplicated Number Operation (UNO) Cards Game

HAIFA QISTINA BINTI HABIBULLAH SMK Sungai Isap

I3DC24 | Young Innovator (Online)

CR: 0.2733 | 47 Likes | 172 Views | 88 times | LS: 147.9
Like it? | Support them now!

Tujuan utama permainan kad uno ini direka bagi menggantikan permainan uno yang sedia ada dengan penambahan elemen - elemen Matematik melibatkan operasi penambahan, penolakan , pendaraban dan pembahagian tanpa menggunakan kalkulator. Antara masalah yang sering dihadapi oleh pelajar ialah waktu lapang dan waktu guru ganti tidak dimanfaatkan dengan aktiviti melibatkan pembelajaran. Pelajar juga sukar untuk menyelesaikan masalah operasi nombor yang mudah tanpa menggunakan kalkulator. Permainan kad uno yang sedia ada tidak memberikan impak kepada daya pemikiran pelajar terhadap pembelajaran terutamanya subjek Matematik. Permainan ini boleh digunakan semasa waktu lapang , atau waktu guru ganti atau sebagai aktiviti di dalam kelas. Permainan ini boleh dimainkan sama seperti permainan kad uno yang sedia ada tetapi ditambah baik dengan kad - kad soalan penyelesaian matematik yang melibatkan operasi nombor. Dengan adanya permainan ini, dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang menyeronokkan di samping menarik minat pelajar dalam memahami dan mengingati konsep operasi nombor.