JI932: MCSEE

NUR UMAYRA RIZQEENA BINTI MOHD SAIFUL SK SUNGAI BAHARU

Abstrak

Papan tulis merupakan satu medium yang sering diguna pakai oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Papan tulis putih yang menggunakan pen ‘marker’ digunakan secara meluas di dalam bilik-bilik darjah. (Merujuk Buku Pedagogi II, Edisi Kedua, Semester II yang telah ditulis oleh Ee Ah Meng pada tahun 2004) Maklumat dan isi pelajaran yang dicatatkan akan memudahkan murid-murid membaca dan lebih memahami.Kajian inovasi ini dihasilkan apabila kami membuat pemerhatian dengan keadaan situasi yang paling dekat iaitu didalam bilik darjah.Kami mendapati kebanyakkan guru meninggalkan kelas dengan papan tulis tidak dipadam.Oleh itu,kami telah menjalankan soal selidik dan mendapati hampir 80% guru menyatakan  keterbatasan waktu untuk memadam papan tulis kerana guru perlu menguruskan banyak perkara lain.Selain itu Papan tulis yang kotor menyebabkan guru perlu memadam berulangkali.Jesteru itu,kami telah menghasilkan ‘MCSEE’. ‘MCSEE adalah pemadam papan putih yang menggunakan motor DC bagi meningkatkan kecekapan kerja memadam papan putih.(Merujuk Smith,A.(2020)Motorized Cleaning Devices.Journal of Innovative Engineering)penggunaan motor DC dalam peranti automatik dapat memberi keberkesanan sistem putaran dalam kerja pembersihan.MCSEE adalah singkatan bagi Multi iaitu ,selain boleh memadam tulisan pada papan putih,ia juga boleh digunakan untuk mencuci pinggan,tingkap dan sebagainya.Manakala Clean bermaksud pemadam ini boleh memadam tulisan pada papan putih tanpa meninggalkan yang kesan kotor,Save Energy Easy iaitu Hasil inovasi ini dapat memudahkan kerja memadam tulisan di papan putih dengan lebih mudah dan cepat tanpa menggunakan tenaga yang banyak.Inovasi ini adalah projek pertama bagi murid-murid SK Sungai Baharu .Projek ini di hasilkan di sekolah bersama-sama murid didalam bilik sains untuk memberi pengalaman sendiri murid menghasilkan inovasi ini.Projek ini mengambil masa selama sebulan untuk menjalankan tinjauan awal,dapatan awal,penghasilan projek dan dapatan akhir.