JI839: SMART BIN

MARISSA SUFIYAH BINTI MUHAMAD SK KUKUSAN TAWAU

Inovasi S.M.A.R.T Bin bertujuan meningkatkan kesedaran alam sekitar dan literasi teknologi murid melalui pembangunan tong sampah pintar berasaskan Arduino UNO dan sensor ultrasonik. Projek ini dijalankan merentas subjek Sains, RBT, TMK dan Matematik serta melibatkan enam fasa pelaksanaan termasuk reka bentuk dan pengujian prototaip. Murid didedahkan kepada kemahiran reka bentuk, pengaturcaraan dan inovasi teknologi. Hasil pelaksanaan menunjukkan peningkatan kesedaran murid terhadap pengurusan sisa, penglibatan aktif dalam STEM, dan manfaat kebersihan kepada sekolah. Kajian membuktikan inovasi teknologi mampu menyokong pembelajaran bermakna dan pembangunan sahsiah murid.