KVO1225: Pemotong Rumput Mesin Pencanai

Mohammad Azizi Bin Abdul Razak Kolej Vokasional Slim River

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 30 Views | 106 times | LS: 106.0
Like it? | Support them now!

Mesin rumput merupakan alat penting untuk kerja pembersihan rumput. Namun, mesin rumput galas sedia ada adalah berat, memerlukan kos petrol tambahan, dan asap ekzos yang mencemarkan udara. Bagi mengatasi masalah ini, pemotong rumput menggunakan mesin canai tangan telah dibangunkan. Mesin rumput ini telah diuji di taman perumahan dan padang Kolej Vokasional Slim River. Hasil ujian menunjukkan mesin rumput ini berjaya memotong rumput dengan mudah dan kemas. Analisis kos menunjukkan penjimatan sebanyak RM0.30 bagi setiap 30 minit pemotongan berbanding dengan penggunaan bahan api petrol. Kesimpulanya, Pemotong Rumput Mesin Canai ini berjaya menyelesaikan masalah yang meliputi isu berat, kos dan pencemaran udara.