Muhammad Adam Bin Shahrin MRSM BALIK PULAU
Inovasi Operasi Firewall: Kebangkitan Semula Siber MARA merupakan pendekatan berasaskan teknologi digital dan gamifikasi menggunakan platform Minecraft Education yang dibangunkan sebagai simulasi serangan siber ke atas sistem organisasi. Projek ini bertujuan memberikan pemahaman kepada pelajar dan warga organisasi berkaitan langkah-langkah asas keselamatan siber yang perlu diambil apabila sesuatu sistem diserang oleh perisian hasad, khususnya dalam konteks organisasi seperti MARA.
Reka bentuk inovasi ini mengadaptasi empat elemen penting dalam pengurusan krisis siber iaitu pengesahan dua faktor, pemulihan dan perlindungan fail yang belum dijangkiti, pertahanan sistem firewall, dan kawalan bahagian pemprosesan data. Elemen-elemen ini digabungkan dalam dunia permainan Minecraft secara interaktif dan menyeronokkan.
Inovasi ini menyasarkan pelajar yang menyertai Kelab Komputer serta ahli Jawatankuasa Keselamatan Siber di organisasi sebagai pendedahan awal terhadap ancaman siber dan teknik pengurusannya. Ia turut menyemarakkan minat dalam bidang Sekuriti Siber yang semakin kritikal pada era digital ini. Inisiatif ini dilaksanakan oleh MRSM Balik Pulau sebagai langkah memperkasa komuniti pembelajaran untuk memahami dan bertindak balas secara bijak terhadap insiden keselamatan siber sebenar.