KVO706: SMART SPIRIT LEVEL

AINUR AZIZAH BINTI MOHD FAIZAL Kolej Vokasional Klang

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0526 | 3 Likes | 57 Views | 165 times | LS: 168.2
Like it? | Support them now!

Pelajar mengambil masa untuk menggunakan spirit level yang berlainan saiz bagi menguji kepersegian (45°), kepugakan (90°), kerataan (180°) dan sukar dibawa serta disimpan di dalam ruangan yang sempit. Projek ini bertujuan membangunkan produk inovasi yang dinamakan Smart Spirit Level dengan menggunakan bahan kitak semula seperti plastik. Reka bentuk produk yang praktikal dan menarik dihasilkan menggunakan perisian Sketchup bagi mengatasi masalah kajian. Pelaksanaan pembangunan projek adalah berpandukan fasa pembangunana reka bentuk Model A.D.D.I.E yang terdiri daripada lima fasa iaitu Analysis (mengenal pasti bahan dan kos), Design (mereka bentuk projek), Development (membangunkan produk berdasarkan reka bentuk yang dihasilkan), Implementation (menggunakan produk) dan Evaluation (menilai keberkesanan produk dalam menyelesaikan masalah kajian). Penyelidik telah menjalankan soal selidik menggunakan Google Form untuk mengumpul data bagi menilai keberkesanan produk dianalisis berdasarkan kaedah statistik deskriptif. Seramai 27 orang pelajar Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Klang terlibat sebagai responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden memberikan maklum balas positif terhadap produk inovasi Smart Spirit Level. Dapatan ini memberikan implikasi bahawa pembangunan produk inovasi ini berjaya mencapai objektif kajian dalam menyelesaikan masalah kajian. Dicadangkan untuk penambahbaikan bagi kajian seterusnya untuk menyediakan beg simpanan tersendiri agar cara penyimpanan produk lebih menarik.