YI815: The Cooling Hat

Nur Faqihah Zulaika Bt Saifullah MRSM JOHOR BAHRU

Projek ini bertujuan untuk mereka bentuk dan menghasilkan " The Cooling Hat", iaitu sebuah topi inovatif yang dilengkapi dengan kipas kecil untuk memberikan keselesaan kepada pengguna ketika berada dalam cuaca panas. Masalah yang dikenalpasti ialah ramai individu, terutamanya pelajar dan petani mengalami ketidakselesaan dan keletihan akibat pendedahan berpanjangan kepada suhu persekitaran yang tinggi. Reka bentuk topi ini menggabungkan kipas mini elektrik yang dipasang di bahagian hadapan topi, dan dikuasakan bateri. Kipas ini membantu menyalurkan aliran udara ke wajah pengguna dan mengurangkan rasa panas. Bahan topi pula diperbuat daripada fabrik ringan dan menyerap peluh, menjadikannya lebih selesa dipakai dalam tempoh lama. Melalui proses mereka bentuk, membina, dan menguji prototaip, didapati bahawa topi ini dapat menurunkan tahap kepanasan yang dirasai oleh pengguna serta meningkatkan tahap keselesaan ketika melakukan aktiviti luar. Projek ini membuktikan bagaimana gabungan teknologi mudah dan kreativiti dapat menyelesaikan masalah harian secara berkesan.