KVO933: SISTEM KAWALAN KESELAMATAN LOKER MENGGUNAKAN INTERNET OF THING (LOKER_IOT)

MUHAMMAD ADAM BIN MOHD IBRAHIM Kolej Vokasional Slim River

Peningkatan kes kecurian barangan peribadi dalam loker asrama menimbulkan keperluan kepada sistem keselamatan yang lebih efisien.Projek ini bertujuan membangunkan Loker_IoT berasaskan ESP32 yang dikawal melalui aplikasi ‘Blynk’ menggunakan sambungan Wi-Fi.Kaedah ini membolehkan pengguna menyemak status dan mengawal loker dari jauh pada telefon pintar serta menerima notifikasi dan amaran buzzer jika berlaku pencerobohan. Kajian dilaksanakan di dorm asrama dengan sistem berkuasa bateri boleh cas semula.Dapatan menunjukkan bahawa sistem ini dapat meningkatkan keselamatan loker serta memudahkan pengguna dalam menguruskan penyimpanan barangan secara lebih efisien. Projek ini bersifat inovatif serta menyumbang kepada penyelesaian moden, selamat dan mesra pengguna dalam pengurusan loker.