YI760: ADAPTX

MUHAMMAD IQBAL BIN ALI SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL INDAHPURA

AdaptX merupakan aplikasi pembelajaran digital inovatif yang dibangunkan khusus untuk murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK). Kajian mini mendapati MBPK menghadapi masalah motivasi rendah, tekanan pembelajaran berorientasikan guru, dan minat pembelajaran yang kurang. AdaptX bertujuan memupuk semangat belajar, meningkatkan keyakinan diri, mewujudkan persaingan sihat, dan memantapkan kemahiran komunikasi. Aplikasi ini menekankan kemahiran asas berkaitan 'core competency abilities' untuk kerja berpasukan. Tinjauan terhadap sembilan murid menunjukkan maklum balas positif. AdaptX selaras dengan Pembelajaran Abad ke-21, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan Dasar Pendidikan Digital KPM, berpotensi memperkasa murid holistik serta memperluas pendidikan inklusif era digital.