SHAHRUL FAHMY BIN PARLAN SEKOLAH RENDAH AGAMA SAUJANA UTAMA
RELQAL’S dijalankan bagi menangani masalah murid kurang mahir dalam mengenal Qalqalah Sughra ketika membaca Iqra’ 4. Objektif utama kajian ini bagi meningkatkan kemahiran murid mengenal pasti huruf Qalqalah apabila berada di dalam kalimah melalui teknik RELQAL’S (Rel-Qalqalah Sughra). Teknik ini berasaskan permainan yang diadaptasi daripada “Dam Ular” bertemakan landasan kereta api. Inovasi ini dilaksanakan terhadap 8 orang murid Tahun 1 Khuldi di SRA Saujana Utama. Keberkesanan dinilai melalui ujian PRA dan POS bertulis dengan dapatan 48/120 markah (33%) meningkat kepada 119/120 markah (99%). Ini menunjukkan teknik RELQAL’S berkesan dalam meningkatkan kemahiran mengenal Qalqalah Sughra.
Kata kunci: Qalqalah Sughra, Iqra’, RELQAL’S