NAURAH IMANI BINTI MUHAMAD SUFIAN SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PEGANG
Inovasi Sifir Master Digital v2.0 ialah pendekatan baharu yang membantu murid Tahun 6 menguasai sifir melalui integrasi teknologi dan permainan interaktif seperti BINGO (flash card dan ‘Spin The Wheel’), aplikasi ‘Math Trick Workout’, ‘Genially – Math Quiz’, serta ‘Scratch and Win Card’. Kajian kuantitatif melibatkan 20 murid dengan kaedah pemerhatian untuk menilai kesan terhadap motivasi dan pencapaian. Hasil kajian menunjukkan peningkatan ketara dalam kedua-dua aspek, membuktikan kaedah berasaskan teknologi dan permainan sangat berkesan dalam meningkatkan penguasaan sifir serta minat murid terhadap mata pelajaran matematik.