NOR HANI BASYEERA QALISYAH BINTI MOHD HANIF SK Bandar
Projek ini bertujuan untuk menghasilkan satu sistem kotak kesihatan pintar yang dapat mengesan kehilangan ubat atau alat perubatan dengan menggunakan teknologi asas seperti ESP8266, sensor inframerah, LCD dan buzzer. Selain itu, projek ini turut dilengkapi dengan aplikasi peringatan pengambilan ubat bagi membantu pengguna
mengambil ubat mengikut masa yang ditetapkan. Persoalan kajian adalah bagaimana sistem mudah ini dapat membantu meningkatkan pengurusan kesihatan di rumah atau tempat kerja. Hipotesis kami ialah sistem pengesanan berasaskan sensor inframerah dapat mengesan kehilangan barang dengan tepat dan memberi makluman segera, manakala aplikasi peringatan mampu memperkukuh disiplin pengambilan ubat secara
konsisten. Metodologi melibatkan rekabentuk sistem, pemasangan litar dan ujian simulasi. Hasil analisis menunjukkan sistem ini berjaya mengesan kehilangan item dan memberi amaran melalui buzzer dan paparan LCD, di samping aplikasi yang dapat memberikan peringatan masa pengambilan ubat secara automatik. Inovasi ini
berpotensi untuk membantu pengurusan ubat-ubatan secara cekap dan menyeluruh.