Muhammad Khuzaiful Irfan Bin Nazri KV SLIM RIVER
Pengajaran yang lebih efektif memerlukan satu pendekatan yang mampu untuk menarik minat dan pemahaman pelajar untuk belajar. Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) adalah salah satu pendekatan yang digunakan dalam membantu pensyarah dalam pengajaran dan pemudahcara (PdPc). Oleh hal yang demikian, satu alat bahan bantu mengajar (ABBM) yang akan dibangunkan iaitu Sub Switch Board – Trainer (SSB-Trainer) bagi kegunaan pensyarah di Bengkel Teknologi Elektrik untuk memudahkan kaedah pengajaran dan pemudahcara (PdPc) terhadap pelajar Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional. Di samping itu, didapati masih belum wujud sebarang ABBM Sub Switch Board di Kolej Vokasional bagi memudahkan proses PdPc bagi sub topik Install Sub-Switch Board. Oleh yang demikian, SSB-Trainer dibangunkan mengikut kesesuaian dan peredaran masa kini serta selamat digunakan. Secara umumnya, dengan adanya SSB-Trainer ini mampu memberi impak yang positif bagi PdPc di Kolej Vokasional. Misalnya, memberikan kemudahan kepada pensyarah untuk melakukan sesi PdPc kursus Low Voltage Industrial Switchboard untuk pelajar tahun 1 Diploma Teknologi Elektrik semester 2 di KV Slim River.