YI663: KAD GRS

AINUN KHALEESA BINTI ABD KHALIL SMK SERI BERA

Kad GRS adalah model maujud yang direka khusus untuk membantu pelajar memahami proses melukis gambar rajah sinar secara langkah demi langkah, sambil mengenal pasti ciri-ciri imej dengan lebih sistematik. Kad ini mengandungi paksi utama yang ditandakan dengan kanta cembung, titik fokus (F) dan 2F, serta garis sinar yang boleh digerakkan untuk memudahkan pelajar memahami perjalanan cahaya melalui kanta. Setiap garis sinar diberi kod warna yang membezakan laluan cahaya, menjadikan proses pembelajaran lebih visual dan menarik. Selain itu, mnemonik yang digunakan, iaitu "Kami Sangat Suka Belajar Ilmu Sains Matematik", memudahkan pelajar mengingat ciri-ciri imej seperti kecil, sama saiz, besar, infiniti, songsang, nyata, maya, dan tegak. Dengan kombinasi alat fizikal dan panduan mnemonic, kad GRS membentuk satu pendekatan yang holistik untuk mengukuhkan pemahaman pelajar.