DARNIA DELISYA BINTI IZHAR HALIMI SMK Putrajaya Presint 16(1)
Antara isu yang dihadapi oleh murid di sekolah ialah obesiti. Kesihatan adalah penting dalam menjalani kehidupan seharian dengan memakan makanan yang seimbang dan bersukan dengan teratur. Olahraga ialah suatu bentuk sukan yang dapat menyihatkan diri seperti berjalan kaki atau berjalan santai. Berjalan kaki memberikan manfaat yang besar bagi kesihatan tubuh selain dapat menyihatkan jantung dan menyihatkan postur tubuh. Pada dasarnya berjalan merupakan olahraga yang sangat mudah dilakukan namun tidak mudah untuk menghitung berapa langkah yang sudah dilakukan. Melihat begitu pentingnya bejalan kaki pada manusia sebagai bentuk penyihatkan diri, maka terhasilnya sebuah aplikasi android yang dapat digunakan oleh murid-murid. Aplikasi ini bertujuan untuk menghitung langkah kaki menggunakan pemikiran komputational iaitu menggunakan coding blok. Aplikasi Step Counter ini diharapkan dapat membantu proses penghitung langkah kaki bagi melengkapkan gaya hidup sihat bagi murid-murid.