KVO45: DISABLED PUBLIC TOILET (INTELLILOO)

NURUL FATIHAH BT MOHD SALIM KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG

i3DC25 | Tertiary (Online)

CR: 0.3243 | 12 Likes | 37 Views | 15 times | LS: 30.9
Like it? | Support them now!

Projek ini dicipta untuk mengurangkan masalah penyalahgunaan tandas awam OKU. Tandas yang disediakan khas bagi golongan kurang upaya sering diguna pakai oleh segelintir masyarakat yang bukan OKU kerana malas untuk beratur di tandas awam biasa. Jadi golongan kurang upaya terpaksa menunggu lama ketika orang ramai yang bukan OKU menggunakan tandas OKU. Penyelesaian masalah bagi isu ini ialah dengan menaiktaraf tandas awam OKU kepada sistem automatik. Bagi meninjau kesesuaian pengguna, projek Disabled Public Toilet ini dapat dihasilkan dengan menggunakan kaedah pengumpulan data iaitu menemu duga golongan kurang upaya. Projek ini dilakukan secara prototaip kerana ianya memerlukan kos yang besar untuk melakukan projek sebenar. Pembinaan Sistem Disabled Public Toilet boleh dibahagi menjadi tiga fasa iaitu merancang projek, mereka bentuk perkakasan dan fasa ketiga adalah pembangunan pengaturcaraan yang menggunakan arduino uno dimana program akan dimuat turun menggunakan Arduino IDE (Integrated Development Environment). Sistem yang diguna pakai dilihat lebih baik dari tandas awam kurang upaya yang sedia ada kerana hanya pemegang kad OKU sahaja yang dapat mengakses untuk masuk ke tandas. Projek Disabled Public  Toilet diaplikasikan dengan teknologi RFID tag bagi memastikan hanya orang berkenaan sahaja yang dapat masuk ke tandas awam tersebut.