YI479: Bojuh Bigorot

AKINOLLA ROSIANATHA ANAK JULAINA MELISSA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAU

Mesin Pengering Pakaian Manual ini dikenali sebagai ‘Bojuh Bigorot’, direka khas untuk kegunaan pelajar asrama SMK Bau bagi memudahkan proses mengeringkan pakaian tanpa menggunakan tenaga elektrik. Produk ini menggunakan sistem putaran manual melalui pemegang tuil, yang digerakkan dengan tenaga tangan untuk memutar mata gerudi fleksibel. Putaran ini membantu membuang lebihan air daripada pakaian dengan lebih efisien berbanding perahan tangan. Reka bentuknya yang ringkas, ringan dan mudah alih menjadikannya sesuai digunakan di asrama yang mempunyai ruang dan akses elektrik yang terhad. Selain menjimatkan masa, kos dan tenaga, produk ini juga mesra alam serta dapat melatih pelajar agar lebih berdikari dan menjaga kebersihan diri. Inovasi ini diyakini mampu meningkatkan kualiti hidup pelajar asrama secara praktikal dan ekonomik.