KVO162: APLIKASI TEMPAHAN BAS - KVSB EASYBUS

Adam Hafiez Bin Norazizan Kolej Vokasional Sungai Buloh

i3DC25 | Tertiary (Online)

CR: 0.0417 | 1 Likes | 24 Views | 18 times | LS: 19.0
Like it? | Support them now!

Pengurusan tempahan bas di Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) sebelum ini  bergantung kepada sistem manual yang sering menimbulkan masalah seperti  kekeliruan jadual perjalanan, kehilangan rekod tempahan dan pertindihan tempahan  yang menyebabkan pembaziran masa serta meningkatkan beban kerja pentadbiran.  Bagi mengatasi cabaran ini, aplikasi KVSB Easybus dibangunkan sebagai penyelesaian digital yang membolehkan tempahan dibuat dengan lebih sistematik  dan efisien. Pembangunan aplikasi ini menggunakan pendekatan System  Development Life Cycle (SDLC) model Waterfall yang merangkumi fasa  perancangan, analisis, reka bentuk, pelaksanaan, pengujian dan penyelenggaraan.  Teknologi seperti Android Studio, Flutter, dan Firebase digunakan bagi memastikan  aplikasi ini mesra pengguna dan cekap. Kajian ini melibatkan pengumpulan data  melalui soal selidik yang diedarkan kepada 45 orang pensyarah dan sesi temu bual  bersama penyelaras tempahan bas untuk mengenal pasti masalah serta keperluan  sistem baharu. Ujian keberkesanan aplikasi dilakukan bersama 15 orang penguji dan hasil kajian menunjukkan bahawa aplikasi KVSB Easybus berjaya mengurangkan  kesilapan manual, mempercepatkan proses tempahan dan pengesahan serta  meningkatkan kepuasan pengguna dengan nilai min 4.6 bagi kemudahan  penggunaan dan 100% persetujuan terhadap antara muka yang mesra pengguna  serta ketepatan maklumat yang dipaparkan. Secara keseluruhannya, sistem ini telah mengoptimumkan penggunaan sumber dan meningkatkan produktiviti pengurusan  bas di KVSB. Implikasi projek ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pengurusan  semasa tetapi juga menyediakan asas kukuh bagi sistem yang lebih sistematik dan  efisien pada masa depan dengan potensi untuk dikembangkan lagi bagi memenuhi  keperluan yang lebih kompleks serta meningkatkan pengalaman pengguna dalam  pengurusan perkhidmatan bas di KVSB.