KHAIRIL AZUAR BIN MOHD NOOR Kolej Matrikulasi Kelantan
Projek Smart 2Ai Mustakmal ialah inovasi pengurusan sisa air wuduk di surau dan masjid menggunakan teknologi IoT. Ia menukar sisa air wuduk kepada sumber boleh diperbaharu untuk kegunaan seperti tanaman hidroponik dan kolam ikan. Berasaskan pemerhatian di Surau Al-Fateh KMKt, projek ini mengurangkan pembaziran air dengan penggunaan semula air wuduk, menjimatkan kos dan menyokong kelestarian alam. Hasil kajian menunjukkan 98.4% pelajar bersetuju terhadap keberkesanannya. Projek ini selari dengan inisiatif Rumah Ibadat Hijau dan berpotensi dikembangkan ke seluruh negara dan peringkat antarabangsa