YI1002: Snozap

PUTERI NUR IZZATI UMAIRAH BT MUHAMMAD IZZAD SM IMTIAZ YT BESUT

Snozap ialah alat inovatif perangkap nyamuk mesra pengguna yang direka bagi mengatasi masalah pembiakan nyamuk di kediaman dan kawasan berisiko denggi. Diperbuat daripada yis,lampu UV LED, plelekat lalat,balang plastik, moto dan kipas . Produk kami memerangkap nyamuk tanpa penggunaan bahan kimia. Pengguna hanya perlu menghidupkan alat ini di ruang tertutup atau terbuka, dan nyamuk akan tertarik kepada cahaya UV serta disedut oleh kipas ke dalam bekas perangkap. Antara kelebihannya termasuklah selamat untuk kanak-kanak, jimat tenaga dan berkesan 24 jam. Snozap bertindak sebagai penyelesaian pintar terhadap masalah nyamuk yang membahayakan kesihatan awam.